Search This Blog

Thursday, August 19, 2010

dunia....ohh dunia...

Keperihatinan jiwa menggugat rasa seribu satu ngeri bila nafsu mendasari akal...
Apa yang telah berlaku dengan keadaan alpa warga dunia dinihari...Apa yang berada di dalam takuk pemikiran warga dunia tentang sifat keperikemanusiaan yang sememangnya perlu diterapkan dari dalam secebis hati yang  meminjam kehidupan dunia dari Allah yang maha kuasa...Apa yang memungkinkan untuk makhluk buatan Allah yang hidup di bawah naunganNya berlaku kejam dan zalim dengan barang hak cipta terpelihara maha pencipta. Ana rungsing, ana bingung...Apa yang terjadi pada dunia tanah kelahiranku?? Kenapa jijiknya rasa perasaan cinta yang sepatutnya benar di sisi manusia tapi telah dinodakan sebegini rupa?? MasyaAllah...Apa salah seorang anak kecil yang baru melihat dunia diperlakukan kejam sebegitu rupa? apa salah mereka yang sepatutnya membuka mata dengan laungan azan kalimatullah tetapi di lempar, dibuang ibarat sampah yang telah busuk, kotor dan jijik?? Apa salah anak kecil yang kehadirannya di dunia ini terhasil akibat kononnya perasaan cinta yang agung dikalangan seorang ibu dan bapa?? Ana sedih..ana kecewa...Ya Allah betapa comelnya anak kecil yang menangis saat mula2 keluar dari rahim seorang ibu... Ya Allah betapa sayangnya perasaan ini apabila melihat anak2 kecil bermain-main seolah2 dunia ini tempat mereka mendapat kebahagiaan..kejamnya manusia yang menafikan hak mu wahai anak2 kecil..Sanggupnya hati2 mereka melihatmu di gonggong oleh haiwan2 liar...sanggup seorang ibu yang sememangnya dalam hati mereka dikurniakan perasaan sayang dan kasih melihatmu menggigil kesejukan di atas tanah lantai kamu ditidurkan...mana perginya naluri tanggungjawab seorang bapa yang sewenang2 nya membuangmu dalam tong sampah yang penuh busuk dan jijik. Kejamnya mereka!! Apa hak mereka menafikan kelahiranmu atas muka bumi Allah ini? Ana tidak pernah meletakkan kesalahan atas bahu sesiapa angkara terjadinya perkara kotor ini...Cuma dari segi logiknya ana seorang manusia makhluk Allah..ana dikurniakan akal fikiran oleh Allah swt untuk memegang watak sebagai khalifah di muka bumi pinjamanNya terhadap ana...Ana berhak menegakkan apa yang ana rasakan sebagai hak. Ana tidak nafikan dunia sekarang berada di akhir zaman. Kebanyakan perkara yang berlaku merupakan tanda2 hari perhitungan semakin hampir pada kemuncaknya. Namun sedar ke tidak kita sebenarnya terlena dengan kehidupan kita sebagai insan di bumi tuhan.. Pegangan kita pada agama yang sepatutnya tertanam di hati telah makin kabur oleh nikmat sementara dalam hidup...Entah sedar ke tidak kita sebab utama berlakunya maksiat merata2 sehingga membawa kepada kes pembunuhan terhadap bayi2 yang tidak berdosa dan bersalah ini ialah kerana negara kita sendiri sebenarnya tidak pernah menjalankan undang-undang yang tertakluk dalam kitabullah..Ya, kita negara Islam, pemimpin kita pemimpin Islam, namun mana Islam nya jika kita hanya sekadar meneguk undang2 para penjajah yang sememangnya jahil pada agama. Yang juga semestinya menggunakan akal seratus peratus sebagai pengarang undang2 mereka. Jika sedari dahulu lagi kita mengikut undang2 hudud dan qisas yang Rasullullah saw kita anjurkan dan amalkan semasa pemerintahan baginda pada suatu masa dahulu, InsyaAllah hati ana kuat mengatakan negara kita akan terbela daripada segala jenayah jahat dan zalim ini. Nabi Muhammad saw sendiri pernah bersabda bahawa seseorang manusia itu tidak akan sesat jika selagi mereka berpegang kepada dua benda, Al- Quran dan sunnah baginda. Tapi cuba kita cerminkan diri kita, adakah selama ini kita menerapkan dua benda penting itu dalam diri kita? Adakah kita menyokong pada kerajaan betul dan benar pada hari ini? tanyalah...fikirlah pada kebenaran...buka lah mata kita...ingat, tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita harus kita galasi sebetul2 nya sebaik yang mungkin. Perkara pertama yang di hitung apabila kita selesai menutup mata di dunia ini ialah amanah. Berat, memang berat..amanah kita ialah menjaga seeloknya pemberiaan tuhan dan manusia..Amanah kita ialah memilih pemimpin yang mencorakkan kehidupan Islam dalam hidup kita...bersama-sama kita renungkan pada diri kita..adakah kita seorang yang amanah?? Masih ada masa untuk kita bertaubat pada kebenaran..masih ada waktu untuk kita berdoa pada kesejahteraan diri, keluarga dan umat manusia seluruhnya. Kita berdoa moga2 para ibu dan bapa yang melakukan jenayah kejam pada agama dan manusia bertaubat dan temui jalan yang benar..moga2 diri kita sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Saya mengingatkan diri saya juga atas segala perjuangan nafsu kotor saya selama ini. Jom, marilah kita bersama-sama meletakkan Allah sebagai perkara asas pada diri kita. Sayangi diri kita sepenuhnya sebelum kita menyayangi manusia lain di sekitar kita. Wallahu'alam..

3 comments:

  1. " sayangi diri kita sepenuhnya sebelum kita menyayangi manusia lain di sekitar kita " :D

    ReplyDelete
  2. betol mira..kene sentiasa myayangi diri kita dulu baru kite blh buat yang terbaik pada manusia di sekeliling kita =)

    ReplyDelete