Pada zaman dulu ada seorang yang bernama Abul Hasan, ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia bertawaf, tiba2 dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata, " Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini, tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah merasa risau atau susah hati. "
Dengan tiba2 wanita itu yang terdengar kata2 Abul Hasan itu berkata, " wahai lelaki, apakah yang telah kamu katakan tadi, sebenarnya demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita. Dan hati luka kerana risau dan tiada seorang pon yang aku menyalahkan dalam hal ini."
Abul Hasan bertanya, "apakah hal yang merisaukan kamu?"
Berkata wanita itu, "pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban. Pada masa itu, aku mempunyai 4 orang anak, satu telah kahwin, satu masih lagi minum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang tua berkata kepada adiknya, wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan bagaimana ayanh menyembelih kambing? "
Berkata si adik, " sila tunjukkan kepadaku."
Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah sembelih dia menjadi takut, maka dia pon lari ke bukit. Akhirnya anakku yang besar itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. Suamiku pergi untuk mencari anak kami yang lari ke bukit itu sehingga dia mati kerana kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku, tiba2 anak kecilku merangkak menuju kepada periuk yang airnya sedang mendidih, dan anakku tarik periuk itu akhirnya tumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya. Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin di tempat lain. Apabila mendengar berita yang menimpaku dia jatuh pengsan akhirnya mati. Kini aku tinggal sebatang kara."
Abul Hasan bertanya, " bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini?
Berkata wanita itu, " tiada seorang pon yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Ada pon sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia2 sahaja."
Telah bersabda Rasulullah SAW, "mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum bertaubat, maka Allah akan memotong pakaian dari wap api neraka."
Wahai saudara2 ku, kita sebagai umat islam haruslah menerima sesuatu yang menimpa kita itu dengan sabar, kerana setiap sesuatu yang berlaku itu adalah kehendak Allah juga, mungkin di sebalik sesuatu itu ada hikmahnya. Wallahu"Alam...
betapa hebatnya dugaan yang menimpa wanita ini...namun hatinya tetap sabar dan tabah menerima dugaan takdirullah...moga2 kita membajai hati kita dengan tingkat kesabaran yang tinggi sepertinya..Kepada bondaku, moga dirimu tergolong di kalangan mereka yang sabar dengan cabaran serta rintangan hidup...moga kita sentiasa beroleh rahmat Allah swt..amin..
ReplyDelete