Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

renung-renungkan...

Akhlak dalam perspektif islam merupakan faktor asasi yang dapat menjamin keutuhan sesuatu tamadun umat manusia. Justeru itulah Al-Quran berkali-kali menegaskan bahawa kebinasaan satu2 tamadun manusia bukan sewenang wenangnya di lakukan oleh Allah, malah kebinasaan tersebut adalah akibat langsung daripada kelalaian manusi terhadap dimensi akhlak mereka. Sesungguhnya masalah akhlak yang menggugat pembangunan keperibadian dikalangan generasi muda kini semacam sudah tidak dapat dibendung lagi, sedangkan generasi inilah yang akan menjadi peneraju Islam di masa akan datang. Antara punca timbulnya masalah akhlak ialah KETIDAKPERIHATINAN KELUARGA dan KERUTUHAN INSTITUSI KELUARGA. Keluarga Islam kini menghadapi masalah terutama dalam pembangunan spritual yang negatif. Sekiranya tidak dibendung dan diatasi segera, maka ianya akan membawa kehancuran yang dahsyat kerana generasi kini bersaing hebat dalam hal pembangunan hal-hal keduniaan. Lantaran itu, pembentukan imej keluarga Islam yang berwawasan, berdaya saing dan berdaya maju, berilmu dan beretika serta berakhlak perlulah diterapkan. Golongan remaja perlu diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya, memandangkan mereka merupakan simpanan gedung kekuatan  umat manusia akan datang. Remaja adalah generasi penerus kebangkitan umat Islam,bagaimana mereka dicorakkan atau mereka mencorakkan dirinya begitulah rupa bentuk masyarakat mendatang. Potensi kekuatan dan kecemerlangan pada remaja perlu dipupuk secara terarah mengikut apa yang disyariatkan oleh islam. Di samping itu pendidikan merupakan faktor utama yang membawa keruntuhan akhlak remaja pada hari ini. Membiarkan remaja tanpa pendidikan yang sempurna menjadikan mereka tiada pegangan dalam kehidupan. Mereka tidak dibekalkan dengan nilai-nilai Islam yang suci untuk menyekat pengaruh-pengaruh liar yang sentiasa mencari mangsa. Justeru itu atas wawasan yang membentuk masyarakat Islam yang bercirikan Islam, segala permasalahan itu perlu tindakan yang wajar, tegas dan pantas untuk mengatasinya.  Tahap kualiti yang Islam anjurkan ialah ;-

No comments:

Post a Comment