Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Semangatku yang lemah...

Engkau nak buat, buatlah...
Tapi jangan tarik aku sekali...
Benarlah ramai yang mengatakan hidup ini diibaratkan roda yang bergerak...kadang-kadang kita dibawah dan kadang di atas...Semasa kita diatas, kita tidak pernah mengingatkan diri kita dan persiapkan diri kita apabila kita sampai diperingkat bawah...namun bila kita dibawah, kita asyik mengeluh kononnya hidup ini tidak pernah adil pada diri kita...Apa yang telah berlaku menanamkan suatu perasaan dalam diri ana...Bukan benci, geram dan sebagainya...tapi sedih yang teramat...benarlah kelekaan ana selama ini apabila berada di atas menyebabkan ana jadi bingung, alpa pada persekitaran ana..ana mudah lupa..Segala kesalahan ana, ana cuba renungi..YA Allah, banyaknya..sampai ana takut adakah masih terbuka ruang dan peluang pada diri ana disisi tuhan?...Lekanya ana selama ini...
oleh kerana itulah ana melengkapkan diri ana dengan luahan hati dan perkongsian ilmu dengan saudara ana diluar sana...Bukan untuk menunjukkan dan memberikan gambaran diri ana seorang yang kononnya baik..ana sedar dan ana mengaku ana sangat jahat...namun tidak semestinya orang yang jahat, orang yang lemah tidak patut berikan dan sampaikan ilmu dan panduan pada insan yang leka seperti ana...Apabila ana menulis sesuatu didalam blog ini ana cuba untuk memperingatkan diri ana tentang sesuatu hal..hal yang sangat diperlukan untuk ana kembali pada jalan yang benar...Dan ana tidak rasa bersalah jika ana hendak berkongsi apa yang ana rasakan sebagai perlunya perkongsian dalam kehidupan di alam yang sementara ini...
Bila ada yang menyalah anggap penulisan ana, ana jadi kecewa dan sedih....apa yang ana buat adalah sebagai panduan pada diri lemah ana sendiri...sebab sememangnya ana insan yang jahil...
Tapi ana inginkan perubahan pada takuk yang lebih baik...inilah yang ana cuba terapkan dalam diri dan hati keras ana..walaupun sangat payah, tapi ana yakin Allah dan pertolonganNya sentiasa ada disisi ana...
Bagi para pengunjung, blog ini merupakan suatu nasihat, panduan serta perjalanan hidup ana serta memberi kepuasan dan renungan sendiri dalam diri ana.....
jika ada yang kurang, pohon 10 jari ampunkan ana..apa yang baik, ambillah sebagai tauladan, dan apa yang tidak baik, ambilnya sebagai sempadan..
Thanks for everything~~

No comments:

Post a Comment